
|
Here! Here! Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must. Enjoy your stay and have fun! Love ♥ ![]() |
Alhamdulillah
alhamdulillah. Agaknya, Tuhan ingin aku buka mata. Banyak perkara yang baru aku tahu. Banyak cerita yang aku dengar. Banyak khabar yang terdengar. Mungkin, ini masanya untuk aku berubah. Mencintai yang seadanya. Mungkin ini juga masa untuk aku hargai apa yang ada dihadapan mata aku sekarang. Orang cakap, biar tidak indah rupa janji perangainya sebaik-baik manusia. Alhamdulillah, Allah SWT anugerahkan aku keluarga yang sangat indah walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Keluarga yang selalu bagi sokongan untuk ku saat aku jatuh. Aku juga dihadiahi kawan-kawan baru yang baik, yang saling sayang-menyayangi antara satu sama lain. Kawan-kawan yang tidak penat jaga aku, ambil tahu pasal aku, yang selalu mengingatkan dan nasihatkan. Aku juga dianugerahkan seorang teman istimewa yang sangat baik hati, kelakar dan setakat ni alhamdulillah, jaga imannya. Mungkin yang dahulu hanya untuk kenangan. Hanya untuk memberi pengajaran. Yang dulu yang hitam itu, setiap hari aku cuba padam dari minda aku. Yang kotor itu, cuba aku beesihkan kembali. Ya Allah Ya Tuhanku, permudahkanlah segalanya. Limpahkanlah rezeki-rezeki serta nikmat untuk aku terus berubah menuju kejalanMu ... Aku tahu, satu hari nanti aku akan bahagiakan lagi semua orang. Aku akan berusaha sedaya upaya untuk banggakan semua orang. InsyaAllah. |