Little Paris
Here! Here!

Hey, it's *Zieya here, and welcome to my territory.
Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must. Enjoy your stay and have fun!



Entries About Linkies Stuff


Love ♥

Daisypath Anniversary tickers


cinta atau benci?

 sesungguhnya, perasaan cinta itu seringkali disalah tafsir oleh kita-kita yang masih muda dan baru dalam percintaan. Cinta itu satu perasaan bila kita takut kehilangan orang itu. Cinta itu bila kita rindu, kita rasa kosong dalam jiwa. Cinta itu bila kita mampu turunkan ego semata-mata untuk jaga kekasih kita. Cinta itu bila ada yang ganggu, masih bertahan. Cinta itu bila kita melihat dia, kita merasakan kebahagiaan. Tapi, ketahuilah bahawa cinta itu juga buta. Cinta itu dapat mengubah emosi kita 100% daripada bahagia sehingga merana. Cinta juga boleh buat kita menderita jika kita tersalah pilih. Orang cakap cinta itu indah pada permulaannya dan selalunya berakhir dengan duka. Tapi tak, bila saya ada awak, selalu indah. Malam ni, saya sunyi sangat. Rindunya saya dekat awak ;') awak tengah busy sekarang kan? Study. Rindu bukan sebab jarang contact. Tapi dah lama tak jumpa. Rindu sangat kalau ada dengan awak mesti awak suruh saya makan makan dan makan. Kalau nak pujuk saya pun dengan makanan. Ingat tak masa saya merajuk haritu, awak cakap awak nk beli burger klcc tapi awk sorang je boleh makan saya tk boleh. Awak ingat tak time pagi tu awak gerak saya awal gila sebab pagi tu, bas awak pukul 2. Awak takut tak sempat. Lepastu saya moody je sepanjang perjalanan sebab awak gerak saya pagi sangat! Sampai dalam kereta, saya tertidur. Awak baik sangat. Time saya tidur, awak nyanyilaaa, awak usap kepala saya la. I know, you want to make me feel more comfortable. Sorry tau awak sebab marah-marah. Awak selalu cakap dekat saya, kalau awak takde nanti awak harap saya dapat cari pengganti. Tapi pengganti yang baru. Bukan yang sebelum ni. Saya tahu, awak tak suka dia. Sebab cara dia layan saya dulu. Sebab awak tahu saya tak bahagia dulu, kan? Maaf, bila saya sunyi macam ni, baru saya fikir.. Baiknya awak.. Padahal cara kita kenal sangat tak logik. Hahahaha. Minta wechat id dekat instagram saya. Hahaha. Dan malam tu, awak call saya. Saya nangis2 sampai awak rasa serba salah. Awak orang yang pertama faham saya. Padahal awak tahu saya tengah sakit hati dan baru break .. Tapi awak nekad nak saya selalu dengan awak. Saya beruntung sangat sebab saya pilih awak. Saya janji, saya takkan sakiti awak. Maaf kalau kadang-kadang saya kasar dengan awak. Saya selalu merajuk. Sebab saya rindu awak tau tak? Awak kalau saya merajuk mesti buat " anjani tiga kali kat hidunh saya." Kalau tengah videocall pun awak buat lagi! Hahahaha. Hm, rinduuuuuuu ;( terima kasih kerana hadir dalam hidup ini. Sesungguhnya awak anugerah terindah yang pernah saya dapat dalam hidup ini.


Past Tense | Present Tense