
|
Here! Here! Before anything else please follow these rules : No ripping, spamming, and any type of childish acts. Respect is a must. Enjoy your stay and have fun! Love ♥ ![]() |
gila ke?
Assalamualaikum dan hye, post kali ni membincangkan tentang.. adakah aku GILA? whops. Too harsh. But sesuai lah kot dengan aku. Tak, mungkin ada yang tak faham dengan statement ni. Takpe, aku lagi tak faham kihkihkih *gelak sopan* nyampah je gelak sopan bagai.
Ehem, back to the story, begini cerita dia. Eh bukanla cerita sangat. Saja nak luah sikit. Sikit je tak banyak pun, merepek je banyak *senyum wewek* orang mungkin kata aku gila sebab aku ni suka gelak kuat-kuat , menari tah ape-ape kat tempat awam, nyanyi je lagu kuat-kuat *sediakan payung please* and many more lah. Ade je aku panjat kerusi konon-konon titanic eceh, bab-bab jiwang uols boleh serah kat iols. Omg. Mengarutnya post kali ni. Tak serious, orang boleh judge aku gila. Tapi sumpah cakap, tu je cara untuk aku tunjuk bahawa aku bahagia *depan-depan* selain dari senyum, tu je aku mampu. Sebab senyum ni susah sikit sebab aku ni payah nk senyum kat orang. Payah sangat. Tapi sebalik gila aku, orang tak nampak. Dan mungkin takkan nampak. Sebalik awan kelabu macam nak hujan tu, orang tak nampak. Orang akan ingat pelangi yg akan muncul *jet-jet hujan panas* tapi sumpah cakap, aku dah biasa. Biarkan hati terluka supaya orang tak tinggal aku yang "cengeng" ni. Aku perempuan, aku gadis, aku wanita, aku girl, aku woman.. jadi wajar tak aku manja? Wajarkan. Eleh, tk payah nk tipu lah tak manja. Pui. Tapi tu aku nak cerita. Susah sangat, susah sangat nak pura-pura bahagia bila hati tengah duka lara. Susah sangat nak bangkitkan semangat ni. Tapi tulah, itu yg aku buat. Aku nk sorok, aku sedih terutama sekali dengan family aku yg banyak berjasa dengana ku. Kawan aku yg caring tentang aku.. dan bf aku yg sentiasa ada untuk aku.. aku nk tunjuk aku bahagia. Tapi sumpah, sampai harini walaupun hampir 2 bulan sudah berlalu, aku masih terkilan dengan apa yang berlaku. Segala-galanya masih segar. Walaupun aku selalu kata "wat nape nok ingat semua tu.." tapi aku ingat.. mungkin aku takkan lupa.. jangan salah faham, aku bukan nk minta simpati. Ya ampun jauh sekali. Ini BLOG, tempat aku curhat. Url aku pun myworldsmylife bagai. Jadi ni hak aku, 100% hak aku. Tapi betulkan orang cakap, "jangan sayang seseorang itu sangat-sangat sebab nanti menyesal sangat-sangat." Memanh sumpah aku menyesal. Kalau boleh ulang balik masa, memang dia orang pertama aku jauhkan diri. Dia orang pertama yg aku nk padam dari list friend aku. Tak, aku tak layak untuk dia. Aku tak setanding dia. Jadi aku kena faham siapa aku. Aku kena kenal siapa aku untuk dia. Aku ini bukan siapa2. *mengarut* bye malas tulis bai.
|